Selasa, 12 Juli 2011

TerimaKasih HA..HA...

"Syurga di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu tidak bertepi. Kasih ibu membawa ke syurga. "

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas. Ianya ungkapan-ungkapan benar untuk meluahkan betapa kasih dan sayangnya ibu pada anaknya, sehinggakan syurga ibarat berada di bawah tapak kaki ibu. Itu melambangkan betapa mulianya seorang ibu.

Kasih ibu juga tiada bandingannya. Kita tidak dapat mencari kasih yang lebih murni dan lebih sejati dari kasih seorang ibu. Ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Itulah betapa kasihnya seorang ibu pada anaknya.

Amat mulianya ibu, sehinggakan Islam meletakkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dari syurga itu sendiri. Bagi mereka yang masih ada ibu, kasihilah ibu anda kerana ibu anda hanya seorang sahaja, bila masa memanggil mereka pergi tinggallah kita di dunia ini tidak beribu lagi. Bagi mereka yang ibuya sudah menyahut panggilan Ilahi, hadiahkanlah mereka dengan amal jariah dan menjadi manusia yang berguna.

Buat semua yang bergelar ibu, diucapkan selamat hari ibu (karena buat ananda setiap hari adalah Hari IBU). Buat bunda saya, Rossilawati, ananda ucapkan selamat hari ibu, kasih bunda yang bunda curahkan pada ananda akan ananda jadikan pembakar semangat untuk ananda terus menjadi manusia yang berguna dan meniti hidup ini sebagai khalifah Allah, sebagaimana yang bunda harapkan. Bunda, doakanlah ananda ini, ananda sangat memerlukan doa bunda. Ananda sayang bunda kLICK .
http://www.dbc-network.com/index.php?id=rise

Tidak ada komentar:

Posting Komentar